Wednesday, May 11, 2011

mari belajar bahasa pengaturcaraan dengan berkesan

ramai yang tanya aku "macam mana hang boleh ingat coding-coding computer ni weh?".. jawapan aku, sebenarnya aku tak ingat langsung.. tapi disebabkan dari kecik aku banyak main dengan bahasa komputer (mula-mula sekali aku belajar mirc scripting) jadi aku dah terbiasa dengan konsep bahasa pengaturcaraan komputer ni.. tak kiralah C, C++, Java, python, PHP, ASP, dan lain-lain.. sebenarnya bahasa-bahasa ni sama ja.. bezanya cuma setengah language macam Java ada class module yang spesial sikit seperti listiterator, dan lain-lain (padahal module ni kita boleh create sendiri sebagai function dalam language lain)



aku nak kongsi tips dengan anda semua, bukan aku nak riak atau tunjuk power dengan kemahiran yang ada.. kongsi ilmu tak salah kan? auww.. hehehe.. aku tengok, sistem pendidikan kat malaysia ni, kebanyakan pengajar akan ajar dengan teknik yang agak 'skema' sebab nak penuhi silibus yang ditetapkan.. bagi aku, pengajaran yang mengikut silibus ini sangat sukar difahami oleh pelajar.. kan? programming itu membosankan, tapi kalau kena dengan caranya, programming itu sebenarnya adalah amat menyeronokkan :)

contoh 1 : array

dalam semua bahasa pengaturcaraan / programming, pasti ada array.. array ni adalah koleksi variable yang memiliki jenis data yang sama contohnya koleksi int,char, atau string.. ramai yang tak paham konsep array.. sebenarnya array ni mudah ja.. tengok contoh ni.. mesti anda boleh paham..





contoh 2 : conditional statement

conditional statement ni pulak digunakan untuk menjalankan perintah berdasarkan input ataupun statement yang telah kita buat dalam pengaturcaraan tersebut.. contohnya






contoh 3 : function / method

aku dah terbiasa panggil benda ni sebagai function.. tapi kalau dalam java, term ni dipanggil sebagai method.. apa-apa pun, konsep dia sama ja.. function digunakan untuk memudahkan kita dari menulis benda yang sama berulang kali..





begitulah bagaimana aku bermain-main dengan bahasa pengaturcaraan untuk menyeronokkan aktiviti aku.. semoga kepada anda yang bekerja atau belajar dalam bidang ini mampu menjadikan kerja ini menyeronokkan :) may the source be with you.. auwww!!

video : the true and hardcore programmer



p/s : sapot busuk.org ok.. hehehehe.. penat aku buat! ;(

No comments:

Post a Comment