Wednesday, May 11, 2011

diantara nabil, man dan amir rajalawak

entry ini untuk menjawab persoalan dan pertikaian pembaca tubelawak yang mengatakan bahawa tubelawak menghina amir.. sebelum itu tubelawak nak bagitau entry tubelawak tulis sebelum ini berkaitan amir rajalawak adalah sebenar-benarnya ikhlas dari hati tubelawak.. memang benar tubelawak gelak meleleh ayaq mata bila melihat rakan-rakan ternganga apabila menonton lawak amir.. dan juga ketika rakan-rakan tubelawak menyebut-nyebut kembali ayat yang pernah digunakan oleh amir ketika persembahannya, tubelawak gelak sakit perut sebab rasa nak terajang muka rakan tubelawak itu..




tapi cuba anda fikirkan kembali.. anda mampu tak buat lawak yang tak lawak tapi boleh membuatkan orang lain gelak? kebolehan ini hanya ada pada amir! amir adalah the chosen one.. anda tengok sendirilah persembahan jozan pada minggu ke enam, sangat hambar dan mendukacitakan.. diorang buat lawak yang kurang lawak justeru membuatkan tubelawak tak rasa nak gelak pun.. tapi kalau amir, dia buat pi lah lawak apa pun.. tubelawak tetap akan rasa nak tergelak.. walaupun lawak dia tak lawak..

berkaitan video lelaki mat saleh tercengang tengok video amir tu, itu bukan video real.. tubelawak olah sound pada video itu dan tubelawak cut sikit untuk bagi timing sound persembahan amir kena tepat dengan reaksi lelaki mat saleh itu.. tubelawak buat sekadar suka-suka.. tapi adakah anda tahu, bahawa ketika persembahan nabil dan man juga ada orang yang 'bermuka flat' dan tidak terhibur dengan persembahan mereka? ini bukan video fake.. ini REAL!!

video : bukti man dan nabil tak best! amir lagi best!!

tubelawak tak hina amir.. kalau rasa takleh trima kutukan dan kritikan, dok rumah diam-diam isap nenen ja ok! :) im sorryyyyyyy~


No comments:

Post a Comment